UMNO sendiri yang hancurkan hak orang Melayu…

Pada Aidilfitri ke 16, ini yang berlaku…apa yang menimpa Penduduk Kampung Berembang, Rimba Jaya dan sekarang Kampung Pletong Tengah di negeri Johor adalah bukti kerakusan kerajaan Barisan Nasional.  Persetan dengan bangsa Melayu, yang penting duit untuk aku dan kroni.  Rumah orang melayu diroboh, tetapi rumah pendatang asing boleh buat setinggan ikut sesuka hati mereka macam negara ini negara bapak mereka.  Itulah sikap kerajaan BN di semua negeri pimpinan UMNO terhadap orang Melayu.  Kita cemburu dengan parti bangsa lain yang memperjuangkan bangsa mereka, tetapi tidak UMNO yang manghancurkan bangsa dan hak bangsa sendiri.  Manis di mulut tapi hati busuk.

Selanjutnya petikan dari Malaysiakini….

Kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan Kampung Baru Plentong Tengah di Johor Bahru dibebaskan awal malam ini.

Mereka, termasuk seorang pemimpin PAS Johor dan aktivis hak asasi, dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.

Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya – tempat mereka ditahan sejak pagi tadi – pada 30 Oktober depan jam 8 pagi. 

Ketika mengesahkan perkara itu, setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk terbabit, Taslim Nani berkata, beliau fahamkan lima orang peguam telah dilantik untuk membela mereka.

Beliau juga merupakan salah seorang mereka yang ditahan pagi tadi kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Mereka – termasuk tiga wanita – ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS negeri Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.

Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa.

Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.

Katanya, beliau difahamkan Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan. 

Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi setelah dimulakan kira-kira jam 10 pagi.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 03Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.

Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.

Menurut seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

~ by ajid on October 17, 2008.

One Response to “UMNO sendiri yang hancurkan hak orang Melayu…”

  1. Kalau mendengar guruh di langit air tempayan jangan dicurah. Banyak Melayu yang kononnya mengejar kemajuan tapi ‘mencurahkan’ begitu banyak hak-hak Melayu. Misalnya bahasa Melayu ditinggal-tinggalkan. Tidak tegas berbahasa lalu bahasa asing jadi sanjungan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.