JAWATAN KOSONG – Berminat Sila Hubungi…
EMPAT GANJARAN LUMAYAN
1. Nikmat kubur
2.Perlindungan di Padang Mahsyar
3.Keselamatan meniti titian Sirat
4.Syurga yang kekal abadi
LOKASI TEMUDUGA
No.Lot (nanti dapat) Di dalam kubur, Alam Sentral oppps…salah….Alam Barzakh.
KELAYAKAN
1.Sijil SPM, Diploma, Sarjana Muda dgn Kepujian atau Tak ada Kepujian, Master, Phd tidak perlu bawa.
2.Pingat AMN, PJK, Dato’, Datuk Seri, Tan Sri, Tun tidak perlu bawa.
3.Wang RM, USD, Dinar, harta (properties, emas) tidak perlu bawa.
4.Berparas cantik, body solid, hansem, seksi semua tidak perlu
5.Yang perlu dokumen asal iman dan amal.
PANEL PENEMUDUGA
Mungkar dan Nakir (Panel Bertauliah)
Enam soalan utama yang mudah akan disoal.(soalan bocor)
1.Siapa Tuhan kamu?
2.Apa Agama kamu?
3.Siapa Nabi kamu?
4.Apa Kitab kamu?
5.Dimana Kiblat kamu?
6.Siapa Saudara kamu?
CARA MEMOHON
Permohonan terbuka kepada semua dan anda cuma perlu menunggu untuk dijemput oleh penjemput yang Berkeliber. Anda akan dijemput pada bila-bila masa sahaja (mungkin sekejap lagi). Dia akan berlembut kepada orang Mukmin dan akan bengis dan kasar kepada orang yang Mungkar dan Kafir. Dia diberi nama Izrail.
“SELAMAT BERJAYA & SELAMAT MENJAWAB”


ingt kn keja k0song btul…dgn pnuh smangt nk apply..kurg asam
Walau macam mana pon satu hari nanti dapat kerja kerjakan bidadari.he he he. jangan cuba nak buat lawak lawak le kawan