Nujum Pak Belalang versi UMNO….


Soalan 1
Tukang Soal : ‘Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??’Ahli Nujum Negara : ‘Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..’
Tukang Soal : ‘Sebabnya…!!??’
Ahli Nujum Negara : ‘Sebabnya… Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya…’
Soalan 2
Tukang Soal : ‘Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PKR..??’
Ahli Nujum Negara : ‘Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..’
Tukang Soal : ‘Sebabnya…!!??’
Ahli Nujum Negara : ‘Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!’
Soalan 3
Tukang Soal : ‘ Ada sebuah masealah,
Satu… baaaanyak-banyak!!… Dua… sedikit-sediiiiikit….!!! Tiga… jarang-jarang!!!… Empat… kad-dang, kad-dang,
Apa itu..???’
Ahli Nujum Negara : ‘UMNO!!!’
Tukang Soal : ‘Buktikan..!!’
Ahli Nujum Negara : ‘Satu… Baaanyak-banyak… Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini…
Dua… Sedikit-sediiikit… Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli UMNO yang banyak itu…
Tiga… Jarang-jarang… Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan…
Empat… Kad-dang, kad-dang… Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya…’
Soalan 4
Tukang Soal : ‘Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???’
Ahli Nujum Negara : ‘Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya…’
Tukang Soal : ‘Dimana terletak kekuatannya..???’
Ahli Nujum Negara : ‘Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!’
Tukang Soal : ‘Buktikan!!’
Ahli Nujum Negara : ‘Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya… Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah…’
‘Biasalah… UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim,
Soalan Extra
Tukang Soal : ‘Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana…!!! Apakah yang ada
di genggaman beta…????’
Ahli Nujum Negara : ‘……….. ISA !!!..’
Lagi Filem PRamlee kata UMNO Sarkis


x klaka.jwb la di akhirat nnti.