Tahniah Datuk Shah Rukh Khan…..keh keh keh

•October 26, 2008 • 2 Comments

TAHNIAH Datuk Shah Rukh Khan, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka di atas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada ‘Raja Bollywood’ itu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Tun yang ke 70.

Sememangnya kemasyhuran Melaka kini hanya tinggal kenangan sejak negeri bersejarah itu kehilangan sultan berdaulat bermula tahun 1511! Jika dahulu kesultanan Melaka adalah pengasas kesultanan Pahang di mana Sultan Melaka, Sultan Mansor Shah mengutuskan wazir baginda, Seri Bira Diraja sebelum anakanda baginda, Sultan Muhammad Shah ditabal sebagai Sultan Pahang I pada tahun 1470 dan setelah 534 tahun, Melaka kini ber-Yang Di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob iaitu seorang rakyat jelata di negeri Pahang yang pernah menjadi Menteri Besar Pahang dan Setiausaha Agung UMNO.

Jika Datuk Shah Rukh Khan adalah bintang Bollywood pertama yang mendapat anugerah gelaran ‘Datuk’ maka jangan terperanjat lambakan gelaran ‘Datuk’ akan melanda industri perfileman yang berpusat di Mumbai, India itu dengan gelaran Datuk Amitabh Bachchan, Datuk Hrithik Roshan, Datuk John Abraham, Datuk Salman Khan, Datuk Saif Ali Khan, Datuk Abishek Bachchan, Datuk Shahid Kapoor, Datuk Aishwarya Rai, Datuk Kajol Mukherjee, Datuk Rani Mukherjee , Datuk Kareena Kapoor, Datuk Katrina Kaif, Datuk Priyanka Chopra, Datuk Preeti Zinta dan banyak lagi penerima.

Nampaknya tidak sia-sia Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah kepada majlis Anugerah Filem India Sedunia (GIFA 2006). Selepas ini kita akan melihat pula siapakah artis Cina, Taiwan, Hong Kong, Jepun dan Hollywood yang pertama bakal mendapat gelaran Datuk (kecuali Datuk Michelle Yeoh iaitu seorang warganegara Malaysia). Tetapi mereka perlu terlebih dahulu mengharumkan nama Malaysia dengan menjadikan negara ini tuan rumah bagi sebarang penganjuran majlis anugerah hiburan di atas ‘karpet merah’ sebelum layak berjalan di atas ‘karpet kuning’ sebagai penerima anugerah ‘Datuk’!

Malah adalah lebih membanggakan Melaka dengan anugerah ‘lingua franca’-nya jika dapat men-Datuk-kan nama-nama besar dunia hiburan antarabangsa dengan gelaran Datuk Tom Cruise, Datuk Brad Pit, Datuk Michael Jackson, Datuk Nicole Kidman, Datuk Mariah Carey, Datuk Oprah Winfley, Datuk Avril Lavigne, Datuk Justin Timberlake, Datuk Jackie Chan dan Datuk Chow Yun Fat. Saya tidak pasti adakah ini pemberian timbalbalik untuk menjadikan semua penerima anugerah ‘Datuk’ antarabangsa ini sebagai ‘Duta Pelancongan’ Melaka Bandaraya Bersejarah dan Bandaraya Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Justifikasi penganugerahan tersebut yang cuba dirasionalkan oleh Ketua Menteri-nya, Mohd Ali Rustam sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Shah Rukh Khan kepada bidang seni perfilemen di peringkat antarabangsa termasuk Malaysia hanya sesuai diucapkan untuk majlis penyampaian anugerah seperti Anugerah Era, Anugerah Cit-Cat, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Seri Angkasa, Anugerah Industri Muzik atau Anugerah Planet Muzik. Barangkali Mohd Ali Rustam menilai melalui bibliografi buku “Still Reading Khan” dan dokumentari “The Inner and Outer World of Shah Rukh Khan” atau paling tidak sebagai seorang ahli ‘Shah Rukh Khan Fun’s Club’ yang berpusat di Kolkata, India.

Anugerah DMSM yang membawa gelaran ‘Datuk’ turut diberikan antaranya kepada Abdul Karim Abdul Jalil, Ketua Pegawai Eksklutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); Saroni Judi, Naib Presiden Universiti Tun Abdul Razak (Unitar); Prof Madya Dr Azarae Idris, Timbalan Naib Canselor Univeriti Malaya (UM); Datuk Jalilah Baba, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia; Martini Osman, Presiden Agro Bank; Mohamed Azmi Mahmood, Pengarah Urusan Ambank (M) Berhad; Lee Say Thsin, Pengarah Urusan HSBC Bank Malaysia Berhad; Datuk Iskandar Mizal Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Biotechnology Corporation; Mohamed Ashaaree Mahmood, Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Iktisad Islam Malaysia; Ir Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran; Othman Samin, Duta Besar Malaysia di Morocco; dan, SAC I Mazlan Mansor, Ketua Polis Melaka. 

Tidak kurang hebat penerima sebelumnya antaranya ialah Rohani Jamil, Ketua Pengarah Arkib Negara; Sureth Singh, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR); Prof Dr Ghauth Jasman, Presiden Universiti Multimedia Malaysia (MMU); Kris Azman Abdullah, Pengarah Suruhanjaya Sekuriti; Prof Dr Hassan Mohd Said, Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi; Mohd Salleh Abdullah, Pengarah Urusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB); Syed Hisham Syed Wazir, Pengarah Urusan Edaran Otomobil Nasional (EON); Ahmad Mustafa, Pengurus Besar Sepang International Circuit (SIC); Datuk Hishamuddin Aun, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP; Datuk Mohd Khalid Mohd, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan; Zaini Md Nor, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah; SAC I Ayub Yaakob, Ketua Polis Melaka; Abidin Borhan, Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena); Misbun Sidek, Jurulatih Badminton Negara; dan Noraini Ahmad, Ketua Puteri Umno. Dalam senarai panjang yang ‘bukan calang-calang orang’ itu, adakah mereka berbangga segelaran dengan Shah Rukh Khan atau Shah Rukh Khan berbangga segelaran dengan mereka? 

Nampaknya Majlis Raya-Raja Melayu perlu membuat ketetapan bersama dan peyelarasan dalam kriteria penganugerahan darjah dan bintang kebesaran supaya kualiti, kredebiliti dan reputasi penerima anugerah dapat dipertahankan wibawanya. Bayangkan satu masa dahulu sebuah Institusi Di-Raja Perak iaitu Muftinya, Datuk Seri Harussani Zakaria telah berfatwa bahawa budaya Bollywood adalah haram kerana budaya hedonisme yang melalaikan kini negeri Melaka pula mengiktiraf sumbangan dari Bollywood itu. Tindakkan kerajaan negeri Melaka itu sebenarnya tidak ubah seperti memberikan gelaran Datuk kepada pengunjung Melayu di bar minuman keras, The Ship atau peserta Melayu dalam pertandingan ratu cantik separuh bogel yang mana keduanya ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) satu masa dahulu.

Empat tahun yang lalu, Melaka membuat kontroversi yang sama dengan lambakkan penganugerahan darjah dan bintang kebesaran terbanyak kepada 84 orang penerima walaupun Melaka adalah negeri terkecil selepas Perlis. Antara penerima kontroversi pula ialah Datuk Khalid Jafri seorang penulis merangkap penfitnah dalam bukunya “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri” dan Hasnoor Sidang Husin, Pengurus Besar Melaka International Trade Centre (MITC) yang pernah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Melaka atas jenayah pecah amanah pada tahun 1995.

Pemilihan Datuk Shah Rukh Khan yang turut memenangi anugerah lelaki paling seksi dan dilihat sebagai simbol seks oleh pemujannya mungkin boleh difahami jika keputusan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri dan Yang Di-Pertua Negeri dari kalangan kaum wanita. Jika inilah antara kriteria yang diambilkira adalah lebih baik anugerah Datuk diberikan kepada Sufiah Yusuf, seorang pelacur berprofil tinggi yang disensasikan ke seluruh dunia sebagai warganegara Malaysia . Sekurang-kurang beliau pernah membanggakan negara sebagai manusia terpintar dengan memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun!

Sebenarnya adalah lebih baik mengiktiraf pejuang seni tempatan dan jika kerajaan Melaka tiada calon yang bersesuaian maka saya mencadangkan anugerah Datuk diberikan kepada pelakon bangsawan dan penggiat teater Perlis, Ismail Hashim. Apatahlagi beliau telah berjasa dengan menarik diri dari meneruskan hasrat ‘gila bayang’ bertanding jawatan tertinggi sebagai Presiden Umno. Ini kerana jika beliau meneruskan percubaan ‘untung sabut timbul, untung batu tengelam’-nya, maka tidak mustahil Ketua Menteri dan Yang Di-Pertua Negeri Melaka akan ber-Presiden-kan dan ber-Perdana Menteri-kan Ismail Hashim!

Jika calon Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memerlukan pengaruh dari Oprah Winfley, hos rancangan bual-bicara The Oprah Winfley Show yang dinobatkan sebagai selebriti paling berpengaruh di dunia oleh majalah Forbes maka adakah usaha kerajaan Melaka ini boleh dilihat sebagai meraih pengaruh dari Datuk Shah Rukh Khan yang juga hos kuiz popular ‘Kaun Banega Crorepati’ yang dinobatkan sebagai lelaki Asia paling seksi di dunia tahun 2007 oleh akhbar Eastern Eye bagi membolehkan Mohd Ali Rustam mengalahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden? Pastinya hati ahli Wanita dan Puteri Umno akan tersentuh jika melihat lakonan melankolis Datuk Shah Rukh Khan dalam Baazigar, Darr, Anjaam, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Kal Ho Naa Ho dan Veer-Zhaara.

Melaka yang diisytiharkan sebagai ‘Bandaraya Bersejarah’ oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamed 12 April 1989 sememang benar-benar bersejarah pada hari ini. Apapun jika satu masa nanti saya menampa sejarah peribadi mendapat anugerah ‘Datuk’, saya berharap ianya bukan dari negeri Melaka. Sekurang-kurangnya apabila ada orang mempersoal, saya masih boleh menjawab, “Datuk saya bukan Datuk Melaka!” .

Sehingga kini saya masih mencuba untuk tidak mempercayai berita ini dengan harapan beberapa hari lagi Bernama dan seluruh media akan mengeluarkan kenyataan “Ralat” kerana berita tersalah lapor atau tersalah tulis “Nasir Bilal Khan” sebagai “Shah Rukh Khan”. Jika tidak, gelaran ‘Datuk’ Melaka itu akan sama nilainya dengan sekeping VCD Bollywood berharga RM9.90 di Pasaraya Besar Mydin! 

* Penulis merupakan seorang Perunding Pembangunan Sumber Manusia – Pengarang

 

RM5 billion wang KWSP hangus, BN perosak ekonomi negara

•October 24, 2008 • Leave a Comment
Dr Dzulkefly Ahmad
Fri | Oct 24, 08 | 9:39:53 am MYT
Suntikan RM5 bilion yang diumumkan oleh Menteri Kewangan baru sebagai langkah untuk mengangkat nilai syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang dianggap dibawah nilai yang sebenarnya atau “undervalued companies”, menggemparkan pelbagai pihak.Yang menjadi lebih memeranjatkan ialah RM5 bilion itu akan diambil dari dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai loan atau pinjaman yang diarah oleh Menteri Kewangan.

Persoalannya ialah apakah hak menteri untuk mengarahkan KWSP untuk menghulurkan pinjaman kepada ValueCap Sdn Bhd, sebuah pengurus dana yang dimilikki oleh Khazanah, PNB dan Kumpulan Wang Amanah Pencen.

KWSP punya panel pelaburan profesional yang mempunyai tanggungjawab mempastikan bahawa warga pencarum-pencarum dari titik keringat mereka, mendapat pulangan keuntungan yang terbaik.

Arahan Menteri KWSP ke atas KWSP adalah tindakan paling tindak bertanggungjawab.

Ini menjadi lebih parah dalam suasana ‘US-led Global Meltdown’ yang telah pun menjejaskan semua bursa saham bukan sahaja di Amerika, Eropah, bahkan Asia- Hong Kong, Korea Selatan, Cina, Singapura dan lain-lain, yang kehilangan ‘market capitalisation’ ke jumlah trillion USD, paling parah dalam sejarah mengingatkan dunia kepada peristiwa Wall Street Crash 1987.

Pada hari Jumaat 17hb Oktober lalu sahaja, Bursa Malaysia, penanda aras KLCI jatuh sebanyak 3.14 peratus atau 29.86 mata ke 920.02.

Hari itu sejumlah RM 20.6 bilion telah lenyap dalam ‘market capitalisation’. Jumaat sebelum (10hb Okt) Bursa kehilangan RM25bilion dalam ‘market capitalisation’. Kini KLCI terus jatuh di bawah ‘paras priskologi’ 900.

Apa jaminan Menteri Kewangan bahawa kehangusan dana seperti telah berlaku pada jumaat lalu tidak berulang dengan kata lain, suntikan RM5bilion wang rakyat dari keringat rakyat yang mereka carum dalam KWSP tidak akan mengalami nasib yang sama?

Benar, RM5bilion adalah pinjaman dan bukan pelaburan. Betul ia akan dibayar mungkin dengan hibah atau bunga bergantung cara konvensional atau Syariah-komplian cara yang dipinjam oleh kerajaan.

Persoalannya apakah ini sahaja cara untuk Menteri Kewangan baru ini menangani kemelut kewangan global ini, dan apakah jaminan bahawa dana ini tidak digunakan untuk hanya menyelamatkan syarikat-syarikat yang punya kepentingan elit politik tertentu ataukah ia akan dilalukan atas dasar merit dan keadilan sebenar dalam urus-tadbir korporat yang terbaik.

Satu lagi perkara yang penting dalam pertanggungjawaban, ialah penggunaan dana rakyat dalam menampung krisis pasaran saham dan kewangan seperti ini, tidak akan membawa apa-apa kebaikan di segi menjana kesan ‘multiplier’ atau ‘berganda’ berbanding RM5 bilion di laburkan dalam sector-sektor lain seperti pendidikan, kesihatan mahupun infratsruktur kritikal dalam negara.Sebenarnya syarikat-syarikat yang hendak dibantu pun tak mendapat kebaikan apa-apa pun kalau saham mereka naik sekupang-dua.

Kalau ‘fundamentals’ mereka kukuh, mereka tidak perlu takut kerana pelabur-pelabur, samada dana asing atau tempatan akan semasa keadaan pulih.

Tetapi suntikan RM5 bilion akan terus hangus kalau keadaan semakin parah. Berapa banyak lagi yang mampu disuntik?

Inilah cara kepimpinan negara menyelesaikan masalah ekonomi negara selama kini dengan pendekatan ‘short-term’ – jangka pendek dan ‘knee-jerk’.

Sesungguhnya, yang hendak dan akan dibantu ialah mereka yang telah membeli saham-saham dengan wang pinjaman, kerana mengambil peluang 30 peratus peruntukan bumiputera semasa pensenaraian dulu (IPO).

Siapa mereka? Umum tahu. Mereka ini yang akan ‘menjual’ saham mereka untuk mengelak kerugian lebih parah atau ‘cut loss’ apabila saham kaunter-kaunter ini naik sedikit, dengan suntikan RM5 bilion.

Betul, mereka hendak selamatkan pasaran saham, tetapi, siapa yang sebenarnya yang hendak dilindungi?

Persoalan-persoalan ini terus bermain dalam fikiran dan benak hati rakyat yang telah banyak kali mendapati kewangan dan dana rakyat tidak diurus tadbir dengan baik, telus dan bertanggungjawab oleh pihak kerajaan BN ini.

Isu terkini termasuk pembelian BII, Eurocopter dan pelaburan dalam Fast-Speed Broad Band(FSBB) yang kesemua mengakibatkan ketirisan dan kebocoran berbilion RM dana rakyat!

BUKAN DUIT ORANG PAS, DAP, PKR SHJ YANG ADA KAT KWSP, DUIT ORANG BN & UMNO JUGA ADA SAMA.  ORANG-ORANG BN, MCA, MIC,UMNO DLL RASANYA TAK KISAH DUIT DIAORANG HANGUS AGAKNYA…SAMPAI BILA NAK BUAT BUAT BODOH, MELAYU UMNO!

Lagi hadiah Deepavali Umno-BN buat masyarakat India

•October 24, 2008 • Leave a Comment

Anwar Ibrahim – Entah apa pertimbangan dan percaturan pimpinan Umno-BN tatkala saban tahun mereka melakukan penindasan ke atas masyarakat India.

Tahun lepas kita menyaksikan perobohan Kuil Rimba Jaya menjadi ‘hadiah’ Deepavali Umno-BN buat masyarakat India, tahun ini, dalam keadaan beberapa hari saja lagi masyarakat India akan menyambut Deepavali, 11 individu ditahan – termasuk seorang anak kecil berusia 6 tahun – di saat mereka mahu menyerahkan memorandum secara aman di Pejabat Perdana Menteri semalam.

Hari ini Mahkamah Majistret Kajang menetapkan supaya 10 daripada mereka direman selama 3 hari sebermula hari ini. Sekali gus keputusan mahkamah ini menafikan hak mereka untuk merayakan Deepavali sebagaimana masyarakat India lainnya.

Saya berasa kesal dengan tindakan dangkal yang diambil oleh penguasa untuk menahan kumpulan 11 individu semalam. Hujahnya masih samar dan tidak jelas. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memberikan justifikasi dari konteks perundangan dan hak asasi, bukan mengambil tindakan cacamarba yang hanya memburukkan keadaan.

Kenyataan terdahulu Menteri Dalam Negeri bahawa Hindraf diharamkan atas alasan penganjuran demonstrasi yang menganjurkan keganasan adalah tidak munasabah.

Waima ada pelanggaran undang-undang sekalipun, wajar bagi beliau membuktikan setiap butir katanya dengan fakta dan pembuktian jelas, bukan mengadu domba tanpa hala!

Saya menyeru agar Kementerian Dalam Negeri khususnya Menteri yang berkenaan tidak bersikap selektif terhadap berpuluh lagi gabungan dan pertubuhan yang acapkali berselindung di sebalik sentimen perkauman sempit, sekiranya mereka mahu membuktikan mereka adil di mata rakyat.

Kita tidak boleh terus berkompromi dengan slogan anti-keganasan dan anti-sentimen perkauman untuk terus menghalalkan kezaliman!

++harakah

Halau pelajar: Muslimat PAS, Wanita KeADILan desak UPM beri alasan

•October 24, 2008 • 1 Comment

 Naib Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof serta Ketua Wanita KeADILan, Zuraidah Kamarudin mendesak agar pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) memberikan alasan tindakan mereka ke atas dua mahasiswi kampus berkenaan yang dihalau dari kolej kediaman baru-baru ini.

Tegas mereka, meskipun pihak UPM telah mengizinkan semula mahasiswi berkenaan menginap di Kolej Kediaman Tun Perak, ini tidak bermakna pihak UPM boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam kes tersebut.

“Saya cukup curiga dengan tindakan UPM ke atas siswi berkenaan kerana mereka adalah tergolong di kalangan pelajar cemerlang,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga merupakan ahli Parlimen Rantau Panjang melahirkan kekecewaan apatah lagi universiti dalam negara ini cukup dikenali dengan kedudukan yang tercorot.

“Saya bimbang dengan kualiti IPTA kita yang semakin tercorot, pihak universiti pula boleh bertindak kejam secara membabi buta tanpa alasan yang munasabah membuang pelajar yang cemerlang dari kolej kediaman.

“Apa yang berlaku sekarang ini bukan sahaja memberi tekanan kepada dua siswi cemerlang berkenaan bahkan ia turut menjejaskan tumpuan serta prestasi akademik mereka,” katanya.

Pada 15 oktober lalu, Universiti Putra Malaysia(UPM) digemparkan dengan peristiwa dua mahasiswi, Nur Shafiqa Mohd Ali dan Nor Farhana Farzieana Ali dipecat dari kolej setelah mendapat notis.

Mereka yang tinggal di kolej Tun Perak telah menerima notis kurang daripada 24 jam untuk mengosongkan bilik dalam suasana minggu peperiksaan.

Akhir pada semester lalu (semester 2 sesi 2007/2008) Syafiqa dan Farhana tidak mendapat penginapan di kolej pada semester seterusnya (semester sekarang).

Mereka dibuang tanpa alasan dan tiada notis dikeluarkan oleh pihak kolej.

Sejurus selepas itu, mereka menghantar surat rayuan kepada pihak kolej, kerana beranggapan mereka layak untuk meneruskan penginapan di kolej berdasarkan faktor yang diperlukan iaitu memenuhi merit yang ditetapkan, aktif dan mendapat keputusan akademik yang cemerlang.

Seminggu sebelum kemasukan semester baru (semester 1 sesi 2008/2009) mereka disahkan mendapat penempatan di kolej Tun Perak.

Namun apa yang mengejutkan, pada awal semester baru (semester sekarang), semasa pendaftaran masuk kolej, mereka dimaklumkan oleh pihak pengurusan kolej bahawa nama mereka tiada di dalam senarai pelajar yang mendapat penempatan dengan alasan tiada kekosongan kerana kolej menerima kemasukan pelajar baru dari SUKSIS.

Walaubagaimanapun, setelah berbincang dengan Timbalan Pengurus Kolej, Khairul, pihak kolej bersetuju untuk membenarkan mereka menginap di kolej.

Pada 10 oktober pula, pintu bilik mereka dikunci oleh pihak pengurusan kolej, dan diselitkan borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) tanpa sebarang notis dan surat secara rasmi.

Empat hari kemudian iaitu 14 Oktober, notis kurang daripada 24 jam untuk mengosongkan bilik ditampal dihadapan pintu bilik mereka.

Sekali lagi surat arahan mengosongkan bilik diselitkan pada pintu tersebut.

Keesokan harinya, mereka terpaksa mengangkat sebahagian barang dan menumpang di bilik kawan.

Kes tersebut mendapat perhatian ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Zuraida Kamarudin dan Siti Zailah Mohd Yusoff.

Setakat ini, Zuraida telah mengadakan sidang media mendedahkan kejadian terbabit untuk perhatian pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi.

Pihak UPM pula telah mengeluarkan kenyataan membenarkan mahasiswi terbabit kembali menginap di kolej itu._

Duit EPF lagi….Dividen tahun ni…????

•October 23, 2008 • Leave a Comment

‘EPF will profit from loan to Valuecap Sdn.Bhd.’ (Star 22Oct)

Kuala Lumpur : The Employees Provident Fund (EPF) will make a profit from the RM5bil that it will lend to the government investment agency, Valuecap Sdn. Bhd, to support the local stock market, said Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Duit KWSP jadi sasaran lagi bukan sedikit…RM5bil. Kita yang mencarum, nganga je, nak keluarkan duit kita kat EPF beli rumah pun susah sebab banyak sangat syarat.  EPF senang2 bagi loan kat Valuecap SDN BHD.  Syarikat SDN BHD yang ditubuhkan pada 2003 dimiliki bersama Khazanah, PNB dan Dana Pencen. Peroalannya Valuecap adalah SYARIKAT BERSTATUS SDN BHD…..BAHAYA TU SIAPA NAK TANGGUNG JIKA RUGI….Kenapa tidak diurus terus oleh PNB atau Khazanah atau ada kepentingan individu dalam Valuecap??

Kata Tan Sri Nor Mohamed Yakcop “I believe that they (Valuecap) will do well and EPF will certainly get its returns…..”  harap-harap la.

Datuk Nik Aziz’s condition improves

•October 21, 2008 • Leave a Comment

Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who has been warded at the Universiti Sains Malaysia Hospital, is hoping to be discharged soon so that he could attend the budget session of the State Assembly sitting which began yesterday.
 
He said his health condition was improving.
 
“I could not attend yesterday’s opening of the state assembly sitting because of injury to my left knee cap, a result after falling from a horse sometime ago. The problem surfaced after my return from the meeting of the Conference of Rulers in Kuala Terengganu on Thursday. he told reporters at the hospital today.

“However, I’m getting better and hope to be able to attend the state assembly sitting,” he added.

Earlier, Barisan Nasional members of the state assembly, led by Opposition leader Datuk Md Alwi Che Ahmad of Kok Lanas, visited Nik Aziz, who is also PAS spiritual leader, at the hospital. – BERNAMA

Alhamdulillah….

Eurocopter: Kenapa beli lebih mahal?

•October 21, 2008 • Leave a Comment

Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini.

Dalam laporan polisnya, timbalan AMK Mohd Fariz Musa berkata perbezaan harga lebih sekali ganda itu harus dipertimbangkan untuk siasatan.

“Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar,” katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporterPerbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.

“Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?” kata Mohd Fariz.

Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.

Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter “agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini.”

Kementerian Pertahanan bagaimanapun menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini.

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Semalam, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri.

Katanya, sekalipun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, juga menteri kewangan sewaktu proses awal pengeluaran tender tersebut, berkata perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC.
    
“Dalam mesyuarat kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Fariz, yang membacakan laporan polis itu kepada media, turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi Malaysia berbanding Brazil.

“Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah,” katanya.

“Tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang.”

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.