Sembang Hari Raya

Jangan TAK APA & BIARKAN…BERTINDAK BANGSAKU, JANGAN JADI BANGSAT DI BUMI SENDIRI !!                                                       Oleh : Bro Ajid (30th Ramadhan 1428)https://ajid.wordpress.com 

Di hari yang mulia ini, marilah sama-sama kita renungkan nasib bangsa dan agama kita di bumi bertuah ini.  Justeru itu saya fokuskan pada nasib kita sebagai pengguna.  Sebagai pengguna Melayu Islam, kita kena tahu sedikit sebanyak sumber asas atau asal-usul produk yang kita gunakan.  Ini adalah kerana apa yang kita makan, apa yang kita pakai, perkhidmatan yang kita gunakan , menunjukkan gaya hidup kita dan personaliti kita.  Dari aspek kepenggunaan sebagai orang Islam, banyak rujukan yang boleh kita buat melalui informasi daripada PPIM, CAP dan lain-lain badan pengguna yang ada di Negara kita ini.  Setelah kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 50 pada 31 Ogos yang lalu,  majoriti kita masih lagi sebagai pengguna atau penguna akhir dan bangsa Cina dan India kebanyakannya penjual atau pengeluar produk keperluan kita.  Sebagai pengguna Melayu Islam, kita kena bijak memilih produk-produk yang kita gunakan dan yang akan kita pilih dan beli nanti.  Dari segi produk makanan, seeloknya dan semestinya kita gunakanlah produk-produk yang halal dan dikeluarkan oleh kilang-kilang atau pengeluar Melayu Islam.  Memang dah biasa kita lihat orang Melayu Islam tidak membeli dikedai atau produk orang Melayu sendiri.  Alasannya barangan yang dijual atau dikeluarkan mahal sikit daripada apa yang disediakan di kedai orang Cina atau India.  Oleh itu, orang Melayu Islam lebih redha membeli belah dan makan produk buatan orang kafir.  Bagi mereka, istilah TAK APA dah sinonim dalam hidup mereka sejak dari zaman dijajah lagi.  TAK APA makan kat restoran KFC atau Mc D sebab ada tanda halal JAKIM besar kat pintu tu.  TAK APA beli barangan runcit kat kedai Ah Chai atau Linggam sebab kedai Pak Dolah harga dia mahal ‘seposen’. Kadang-kadang kita sedih sebab harga yang ditawarkan lebih sepuluh sen je, kita sanggup biarkan peniaga-peniaga Melayu Islam ‘mati’.  Mereka ini yang rata-rata berniaga dengan niat menunaikan tuntutan fardhu kifayah kepada kita semua. Dah banyak kita dapat risalah, email dah pelbagai maklumat daripada badan-badan pengguna terutamanya tentang produk-produk yang tidak boleh umat Islam gunakan dan kebanyakannya jenama terkemuka.  Oleh itu kita kena serius dan bertukar kepada produk-produk Melayu Islam.  Kita kena ingat walaupun pada zahirnya walaupun produk keluaran bangsa asing ini mendapat akreditasi HALAL daripada pihak yang berkuasa, tetapi belum tentu SUCI.  Oleh itu bangsaku Melayu Islam tak kira yang menyokong PAS atau UMNO, kita tinggalkan produk-produk keluaran bangsa lain ini.  Sokong dan gunakanlah produk-produk keluaran Melayu Islam. Satu lagi dari segi harga, apabila nak menyambut Raya, rata-rata barangan harga pengguna naik mendadak dan dijangka selepas Raya nanti akan meningkat naik lagi dan lagi.  Saranan MTUC dan Cuepacs nak mengawal harga hanya tinggal saranan selagi kita pengguna Melayu Islam masih dengan sikap TAK APA macam pengawal yang membiarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.  BIARKAN-BIARKAN harga barang naik, harga petrol naik, dan semua naik asalkan kita boleh lagi hidup secara sederhana atau susah.   Nak balik kampung atau jalan-jalan raya ni, isilah petrol hanya di stesyen Petronas, Caltex atau BH Petrol sahaja.  JANGAN singgah di Shell, Mobil atau Esso.  Sebabnya tiga syarikat besar ni yang banyak memberi implikasi kenaikan harga pasaran petrol di Malaysia. (sumber Petronas). Jika kita gunakan talian mobile, gunakan Celcom 019/013 atau produk dari TM sahaja.  Jika kita masih gunakan talian Maxis 012/017 dan Digi 016 (ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan pendukung PAS, ABIM ramai yang gunakan 012,017,016, CAMNA NI???), bertukarlah kepada Celcom dan TM.  Korbankan sedikit nombor yang kita gunakan.sekarang, demi maruah bangsa kita Melayu Islam.  Buat apa kita nak sokong syarikat (Maxis, Astro) yang terang-terangan Hindu kafir dan membantu gerakan Hindu Sedunia menghapuskan orang Islam di Khasmir, Pakistan, India dan di serata dunia.  Kalau ada antara saudara-saudara ku yang di dalam gerakan Islam tak kira dari PAS, ABIM, UMNO (Islam Hadhari)  atau mana-mana NGO, berilah pesanan yang tak seberapa ini sebagai langkah pertama kita memperkasakan ekonomi bangsa kita Melayu Islam.  Maaf jika pandangan saya ini agak perkauman, tetapi dengan rasa tanggungjawab sebagai pengguna Melayu Islam kita sebagai pengguna perlu bertindak sekarang untuk masa depan kita yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang disarankan oleh Pak Lah PM kita.  Fikirkan sampai bila kita nak menjadi pengguna yang memperkayakan orang Cina dan India di Negara kita ini.  Besar harapan saya jika kita semua bersatu MEMBELI DAN MENGGUNAKAN barangan bangsa kita, insyaAllah akan terbina gedung-gedung besar dan kilang-kilang keluaran milik orang Melayu Islam bukan hanya di luar Bandar, malah di Bandar-bandar besar di Negara kita ini.  Tidak ada lagi fakir miskin dikalangan bangsa kita jika golongan peniaga-peniaga, pengeluar dan penyedia perkhidmatan Melayu Islam ini dapat membayar zakat perniagaan dengan amaun yang lebih besar untuk umat Melayu Islam dan kemajuan Islam amnya.  Oleh itu saudara-saudaraku dari PAS, UMNO, ABIM dan sebagainya, BERTINDAK sekarang.  Mulakan dari BARANGAN PRODUK MAKANAN, PETROL, TALIAN MOBILE tinggalkan produk orang kafir.  BERTUKAR UNTUK KEMAJUAN UMMAH DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

~ by ajid on October 12, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: