Al Fatihah untuk Almarhum Dato’Ishak Baharom

 

Selepas solat Zohor tadi aku bergegas ke Ampang Point kerana temujanji dengan Puan Sally di pejabatnya pada jam 2.  Pertengahan diskusi, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari pejabat.  Mesej dari Tn. Hj. yang Dato’Ishak meninggal dunia di hospital Sg.Buloh.  Tersentap seketika dengan berita kematian Allahyarham Ustaz Ishak.  Ustaz yang aku kenali seorang yang lembut tetapi tegas dalam penyampaian semasa kuliah.  Sikapnya yang tegas sewaktu mengeluarkan fatwa sewaktu menjadi mufti Selangor, amat dikagumi.  Apa yang diharapkan agar semua mufti-mufti di Malaysia ini mencontohi Allahyarham Dato’Ishak dalam menegakkan kesyumulan Islam di Malaysia, insyaallah.  Al-Fatihah…

Belasungkawa untuk Almarhum Dato’ Ishak Baharom
Nyza Ayob dan Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Wed | Jan 30, 08 | 5:10:15 pm MYT
Almarhum Dato’ Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.<!—-> ImageAllahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 – 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS sehingga 2007. – mns

~ by ajid on January 30, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: