Jenazah Dato’Ishak Baharom selamat bersemadi di Makam Diraja

Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Jan 31, 08 | 2:53:27 pm MYT
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) – Jenazah Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Allahyarham Dato’ Ishak Baharom selamat disemadikan di Makam Diraja, Shah Alam jam 10.55 pagi tadi.<!—-> 

ImageJenazah Allahyarham yang juga bekas Mufti Negeri Selangor dibawa keluar dari rumahnya di Jalan Seri Sambanthan, Taman Seri Andalas jam 9 pagi untuk disolatkan di masjid Lipat Kajang, Seri Andalas.

Turut hadir di masjid Lipat Kajang ialah Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum disemadikan di Makam Diraja, jenazah dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi disolatkan.

Lebih seribu orang hadirin menyembahyangkan jenazah Almarhum.

Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar; Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Syed Azman Syed Nawawi; Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Osman Sabran; Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Timbalannya, Wan Hasrina Wan Hassan; dan Ketua Penerangan, Salbiah Abd Wahab.

Turut hadir ialah Ahli MPT KeADILan, Ustaz Badrulamin Baharon; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dato’ Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz .

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Pengarang Harakah, Taufek Yahya turut menunaikan solat jenazah dan menghadiri majlis pengkebumian di Makam Diraja, Shah Alam.

Orang ramai seawal jam 9 pagi sudah memenuhi ruang masjid Negeri Shah Alam dan makam Diraja yang terletak di hadapan masjid.

ImageAllahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak yang sudah berumahtangga.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.05 petang, 30 Januari lalu di Pusat Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh.

Pimpinan PAS turut memberi penghormatan terakhir di rumah Allahyarham petang semalam antaranya, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; AJK PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin; bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri; bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hassan Mohd Ali.

Sementara itu, Dato’ Kamaruddin menyarankan ahli PAS di setiap kawasan supaya mengadakan majlis memperingati Allahyarham.

Katanya, walaupun Allahyarham dipecat daripada meneruskan jawatan sebagai Mufti tetapi beliau tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam Islam.

ImageBagi memastikan maruah Islam dipandang tinggi, Allahyarham sanggup mengorbankan kemewahan yang diperolehi dan rela dipecat sebagai Mufti.

Allahyarham dilantik sebagai Mufti Selangor dari Ogos 1985 hingga Oktober 1997.

Allahyarham dipecat pada penghujung Oktober 1997 kerana mengeluarkan fatwa mengharamkan pertandingan ratu cantik yang diadakan di salah sebuah hotel di Selangor.

Pemecatan tersebut tidak menghalang Allahyarham untuk meneruskan perjuangan dalam Islam sebagai pendakwah bebas.

Allahyarhum dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS dari tahun 2003 hingga 2007.

Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al-Fatihah.

<!–

–>

~ by ajid on January 31, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: