Restoran Mamak…Respek la Bulan Puasa !!!

       Hari ini hari ke 8 hari kita menunaikan ibadah puasa. Firman Allah (surah Al-Baqarah ayat 183 dan 185) bermaksud : Wahai orangorang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.  (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.  Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu…..

        Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan mengecapi nikmat kemulian Ramadhan. Semoga amalan kita di Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu dan semoga kita bertemu dengan Lailatul Qadr.  Saya tulis perkara ini setelah satu pertanyaan oleh rakan saya berbangsa Cina yang mempertikaikan kenapa restoran mamak masih dibuka pada siang hari pada bulan Ramadhan.  Susah juga nak jelaskan, nak dikatakan perbezaan mahzab, pening pulak member ni.  Jalan mudah, saya minta di buka blog saya dan baca pada hari ini tentang pertanyaan itu.

         Seperti biasa di bulan Ramadhan ni, semua kedai makan, gerai makan Islam tutup pada waktu siang dan buka sebelah petang bagi menyediakan juadah berbuka bagi umat Islam.  Jika ada yang engkar dan buka pada siang hari, dan berniaga secara terbuka, peniaga dan pelanggan yang beragama Islam akan diambil tindakan dari pihak berkuasa terutama dari Jabatan Agama Islam negeri. 

          Tetapi keadaan berbeza pada sebilangan kedai makan atau restoran mamak atau India Muslim.  Kebanyakannya berniaga secara terbuka sepanjang siang hari di bulan Ramadhan.  Malah ada yang dibuka 24 jam.  Sama seperti bulan-bulan lain.  Malah tiada tindakan dikenakan pihak berkuasa terhadap restoran India Muslim ini.  Adakah pihak berkuasa  mengklasifikasikan restoran India Muslim sama seperti restoran franchise yang lain seperti Mc D, KFC & lain-lain dan ada imuniti untuk berniaga di sepanjang hari bulan Ramadhan ini?   Bila ditanya, alasan yang diberi, kerana mereka terpaksa menyediakan makanan sarapan i.e roti canai, teh tarik dan makan tengahari buat pelanggan  bukan Islam. Padahal banyak lagi restoran dan gerai makan bukan Islam boleh dituju oleh orang bukan Islam.  Restoran fastfood  pun ada. Bagi yang tak puasa pula, jadikan restoran mamak sebagai port untuk dapatkan makan minum.  Bak kata seorang rakan saya restoran mamak ni papan iklan terpampang kalimah Bismillah. Frame khat ayat suci di kebanyakan restoran mamak lebih banyak dari restoran makanan Islam yang lain. Tapi itu semuanya hanya hiasan semata atau sekadar menunjukkan keIslaman restoran mereka.

        Sebagai pengguna Islam, marilah kita renungkan.  Jika Ramadhan yang mulia ini tidak dihormati peniaga-peniaga sebegini dan mereka seolah-olah memperlekeh Allah.  Hendakkah kita pekena roti canai dan teh tarik restoran mamak yang engkar ini?  Jika kemuliaan bulan Ramadhan tidak dihayati, bagaimana pula dengan kemuliaan dan kesucian makanan yang dihidangkan kepada kita?  Bak kata orang hukum Allah boleh langgar, dengan sesama manusia apakan lagi. Boh saja la. Apa ada hal. Kepada pengusaha-pengusaha restoran Mamak tolonglah hormati bulan yang mulia ini. Tutuplah sebelah siang dibulan yang mulia ini.  Jangan hanya mementingkan keuntungan  dan jangan sampai DIBOIKOT baru nak berubah….wasalam..ajid vip boys.

~ by ajid on September 8, 2008.

6 Responses to “Restoran Mamak…Respek la Bulan Puasa !!!”

  1. Bila di Belanda orang hina Nabi Muhammad SAW, kita semua umat Islam satu Malaysia marah & boikot produk Belanda. Tetapi di dalam negara kita, depan mata kita orang-orang sebegini hina Puasa di bulan Ramadhan salah satu dari Rukun Islam, kenapa kita senyap. Mana aktivis-aktivis Islam di Malaysia…???

  2. Biasalah Bad, isu cam ni tak mengglamourkan pertubuhan diaorang. So, kita sebagai umat Islam kena tentang hal-hal sebegini dan penentangan paling mudah, kita BOIKOT jer restoran-restoran mamak & kedai-kedai makan yang tak respek langsung rukun Islam. TQ.

  3. BOIKOT JANGAN TAK BOIKOT…SAYA SOKONG 100%…!!!

  4. Kalau orang Islam tu sakit keh apakeh, dia nak makan kat mana? Takkan orang nak beli makanan kat kedai Cina bukan Islam untuk isteri mengandung/sakit. Kalau kedai makanan mamak tu dekat dan kedai2 lain (KFC/Mcdonald) jauh, orang bukan Islam pun pi kedai mamak jugaklah. Don’t speak like a true followers of Islam.

  5. Tapi kalau pemilik kedai mamak tu bagi orang Islam duduk dan makan kat kedai tu jugak, aku minta Jabatan Agama Islam ambil tindakan tegasleh….

  6. Laaa…kau orang ni tak faham dunia ler… kaualau kaumu puasa jangan ke kawasan restoran ….siapa suruh kamu ke restoran pada waktu siang…..selain dari pada org puasa ada ramai ler dalam negara ni yang memerlukan makanan …fikir la puasa untuk menahan nafsu …kalau iman kamu kuat..jika kamu boleh lawan nafsu ….why you worried about the food in daytime.
    ni haa Contoh sesuit untuk kamu sekalian …

    Jika merokok Boleh mengancam Nyawa manusia,,,,,….Confirm kan ? kenapa kerajaan bagi jual rokok di mana mana tempat…pagi atau petang ..siang atau malam …..
    kerajaan tak tau nak ban rokok ??
    Boleh kau mintak kerajaan mengharamkan penjualan ROKOK dan Minuman keras dalam negeri ini …

    Benda benda macam ni di seluruh dunia ada… Cuma Sebagai Orang islam yang kuat iman …Jauhi lah dari benda benda cam ni… Jangan salahkan orang lain …. Betulkan diri sendiri….
    Waktu siang kalau restoran beroperasi…untuk orang bukan islam … kalau orang islam masuk dalam pe4rmis restoran dan makan adalah Salah dan boleh di hukum .

    Jadi Lah orang yang kuat iman dan kukuh semangat puasa ..walau pun restoran mamak atau KFC….Mc donald di buka waktu siang…. just ignore it, and be a true muslim ……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: