Tukar Kerajaan Bukan Angan-angan Mat Jenin – Nik Aziz

 
(Hrkh) – Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kata kerajaan baru karut. Manakala ada pemimpin parti lain pula sebut jangan jadi angan-angan Mat Jenin.

Mengulas perkembangan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertukaran kerajaan bukan sekadar gimik politik.

“Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti Keadilan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin.

“Ini kerana istilah angan-angan Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian sambutan ulang ke-18 Tabung Serambi Mekah di sini, hari ini.

Perdana Menteri hari ini dilaporkan berkata, rancangan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan baru 16 September sebagai karut dan ia seumpama cerita kosong.

Manakala ada pemimpin lain pula menyebut jangan jadi macam Mat Jenin jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemerintahan diterajui Umno dan BN sekarang tidak menunjukkan matlamat yang jelas sama ada menuju pemerintahan Islam atau mengamalkan demokrasi.

“Kerja-kerja Umno dan rekod buruknya menjadikan parti itu Islam pun tidak, demokrasi pun tidak,” katanya.

Oleh itu beliau berkata, mengapa Umno tidak menukar dasarnya seperti dilakukan PAS di Kelantan melaksanakan polisi pentadbiran mengikut kehendak Islam sejak lebih 18 tahun lalu.

~ by ajid on September 17, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: