Bajet negeri Selangor menjamin kemewahan rakyat

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bercadang akan mempertimbangkan cuti sebulan kepada wanita yang kematian suami dan bayaran elaun gantian gaji penuh sebulan bagi kakitangan wanita yang berstatus tetap atau kontrak.

Image

Demikian antara cadangan yang diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet sulung tahun 2009 kerajaan Negeri di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun).

Menurut beliau, bagi menjamin prinsip kebajikan rakyat kerajaan negeri turut mempertimbangkan cuti bersalin selama 90 hari kepada kaum wanita yang bekerja.

Katanya, program itu berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 (kemudahan cuti menjaga anak), yang menyatakan seseorang kakitangan awam boleh mengambil cuti tambahan tanpa gaji sebanyak 1,825 lima tahun sepanjang tempoh perkhidmatan.

Beliau menjelaskan, tempoh cuti bersalin yang diguna pakai pada masa sekarang selama 60 hari dan kerajaan negeri sedang mengkaji untuk memberi tambahan cuti sebanyak 30 hari sebagai cuti tanpa gaji dengan membayar elaun gantian gaji penuh sebulan.

Kerajaan negeri tambah beliau, akan mempertimbangkan cuti selama 14 hari kepada para suami yang isterinya bersalin dan diberi pilihan untuk membuat tambahan cuti sebanyak tujuh hari.

Dalam pembentangan bajet tersebut, beliau bersyukur kerana Selangor dianugerahi peningkatan hasil negeri yang memberangsangkan dan pertumbuhan hasil baru yang menjana ekonomi negeri. Image

“Kita memikul kepercayaan dan amanah daripada rakyat untuk mengagihkan setiap sumber hasil yang diterima oleh kerajaan secara telus, adil dan saksama kerana hasil negeri merupakan hak rakyat yang perlu dikongsi bersama.

Apalah hendak dibanggakan sangat, jika negeri maju sedangkan ramai rakyat masih berada dalam garis kemiskinan. Kerajaan mahu berusaha �memajukan negeri dan memewahkan rakyat Selangor� dengan pelbagai program,” katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu menguruskan sebuah negeri maju yang berteraskan kesedaran kerohanian, menangani ketidaksamaan sosio ekonomi yang berterusan, memacu pembangunan modal insan, menyediakan panduan strategik mengenai arah dan corak perbandaran serta penggunaan tanah, menambah baik tadbir urus, menguruskan alam sekitar yang mapan dan menjana sumber pertumbuhan baharu.

Katanya, hala tuju pembangunan negeri Selangor mempunyai visi menjadikan Selangor negeri Idaman, maju dan sejahtera.

Bajet yang dibentangkan itu turut menyatakan wujudnya sentimen buruk pasaran saham dunia dan krisis kewangan global dan implikasinya menimpa Indeks Komposit Kuala Lumpur apabila ia jatuh ke paras bawah 900 mata, iaitu yang terburuk dalam tempoh dua tahun. Image

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan menyatakan ia tetap berusaha keras bagi memastikan pembangunan terus berkembang melalui kemasukan pelabur-pelabur asing.

Beliau kesal kerana Kerajaan Persekutuan �dengan bongkaknya� menolak cadangan Pakatan Rakyat dalam sidang Parlimen pada 14 Oktober lalu supaya dilakukan segera �semakan� terhadap andaian-andaian Bajet 2009 yang dibentang pada Ogos lalu.

Menurut beliau, kepimpinan Pakatan Rakyat mendapati beberapa angka, fakta dan unjuran dalam Bajet 2009 Kerajaan Persekutuan �sudah jumud� berdasarkan situasi kemelesetan ekonomi global sekarang.

“Dalam hal ini, kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha menarik pelabur-pelabur asing yang semakin yakin datang melabur sejak perubahan kerajaan pemerintah dengan pertambahan pelabur luar yang mendadak.

Contohnya, pelabur Jerman, QCell, yang melabur RM5.0 bilion dalam teknologi solar di Taman Perindustrian Bukit Baja, Sepang tahun ini,” tegasnya. Image

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, bajet Kerajaan Persekutuan tahun 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos lalu, secara tidak langsung turut mengiktiraf manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12.

Dalam pembentangan bajet itu, Perdana Menteri mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma bagi penggunaan elektrik berjumlah kurang RM20 sebulan, di samping memberi tumpuan pada strategi menjamin kesejahteraan rakyat dengan memfokus pada golongan berpendapatan rendah.

Padahal, pada hakikatnya, kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri di Semenanjung sedang dan berusaha terus bagi menerapkan konsep kerajaan berkebajikan kepada seluruh rakyat.

Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap masalah kemiskinan bandar dan usaha yang dilakukan dengan menaikkan paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM1500 sebulan.

Berpandukan PGK yang diolah semula ini, kadar kemiskinan rakyat negeri Selangor kini berada pada paras 30 peratus dan ia bererti kerajaan negeri yang lalu tidak perlu melaungkan lagi usaha mereka membasmi kemiskinan ke tahap satu peratus.

++harakahdaily

~ by ajid on October 20, 2008.

One Response to “Bajet negeri Selangor menjamin kemewahan rakyat”

  1. hidup pakatan rakyat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: